Saturday 15 October 2011

AwanBand


Penglibatan Awanband secara langsung menerusi penghasilan album ini, menunjukkan betapa mereka serius dalam perjuangan muzik.

Selain mengetengahkan persembahan vokal mantap serta lagu yang berkualiti, keistimewaan album ini juga tertumpu kepada kreativiti penggubahan lagu.

Berkonsepkan muzik progresif dan pop, album ini tentunya dengan mudah dapat menepati cita rasa golongan muda.

Album sulung Awanband ini memuatkan enam lagu dengan mood pelbagai, seperti Lintasan Bintang, Tunggu, Oh My Love, Kartita, Dramatik dan Roda khayalan.

Istimewanya, Kartita yang telah disebarkan di laman sosial, Facebook, sejak 2010 telah diberi nafas baru dengan susunan lagu yang menggunakan pelbagai instrumen orkestra seperti violin dan cello.

Rakaman Kartita kali ini dilakukan secara live, menjadikan lagu ini kedengaran lebih ‘hidup’ daripada rakaman sebelumnya.

No comments:

Followers