Sunday, 25 September 2011

Rain masuk tentera


RAMAI peminat Rain masih kecewa dengan keputusan superstar itu untuk menyertai pasukan tentera walaupun tidak mengetahui tarikh sebenar kemasukannya kerana belum ada kata putus daripada pihak pengurusan Rain sendiri.

Pada 15 September lalu, jurucakap bagi pihak Rain berkata: “Rain akan menyertai pasukan tentera pada Oktober ini dan merancang untuk mengadakan sidang akhbar sehari sebelum kemasukannya itu.”


Sidang akhbar itu akan diadakan di Seoul sempena konsert jelajah Rain di seluruh Korea Selatan. Dijadualkan berlangsung pada 24 September (semalam), dia juga membincangkan mengenai perasaannya apabila menyertai pasukan tentera, perancangan sebelum menyertai tentera dan penampilan terakhirnya di kaca TV.

Dia juga akan berkongsi cerita mengenai album baru yang sedang diusahakan bersama J.Y Park. Rain yang sedang sibuk dalam siri konsert jelajah The Best Show juga telah selesai penggambaran filem terbarunya, Emergency: Close to the Sun.”

2 comments:

Zul Fattah said...

ok la tu.. baru taf sikit..

kubigomofm said...

memang dia dah taf pon hehehe

Followers