Tuesday 4 October 2011

artis popular era 70 hingga 90 an dihimpunkan dlm rancangan INI LAH


Bagi mengubat kerinduan peminat terhadap artis popular era 70 hingga 90 an, ZGB Media membawakan program bertajuk INI LAH yang bakal disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 4 Oktober ini, setiap Selasa, jam 9 malam di TV1.

Menurut Pengarah Urusan ZGB Media, Zohara Gany Mhd Bathusha, Inilah adalah program hiburan yang berkonsepkan konsert mini akan disiarkan sebanyak 13 episod dengan durasi selama 30 minit setiap minggu dengan menampilkan penyanyi yang pernah mencipta fenomena sendiri di suatu ketika dulu.

Seramai 13 artis popular dari pelbagai era yang ditampilkan seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Latif Ibrahim, Ning Baizura, Malik Ridzuan, Zur Eda, Uji Rashid & Hail Amir, Jay Jay, Francesca Peters, Aris Ariwatan, Adibah Noor, Zamani, Azlina & Liza Aziz dan Tomok.

Malah, terdapat dua episod yang menampilkan pasangan duet, iaitu pasangan adik beradik, Azlina dan Liza Aziz, serta pasangan duet popular era 70an dan 80an, Hail Amir dan Uji Rashid.

No comments:

Followers