Saturday 24 September 2011

Konsert Lagenda Rock yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, Sabah pada 1 Oktober ini.


SIAPA yang tidak kenal dengan rockers hebat iaitu ratu rock Ella, Mus MAY, Bandi Amuk dan Asheed Def Gab C yang sememangnya dikenali dengan identiti tersendiri. Bahkan, kesemua mereka mempunyai kelompok peminat yang tidak jemu menyokong perjuangan seni sejak dulu sehingga sekarang.

Lalu, apabila empat nama gah ini digabungkan dalam satu konsert berskala besar dengan lokasi yang boleh memuatkan ribuan penonton, serta dikenakan bayaran tiket yang sangat minima tentunya akan mencetuskan satu situasi gempak buat peminat mereka. Apatah lagi kesempatan sebegini bukan selalunya hadir.
Inilah yang dilakukan oleh Nova Music (M) Sdn Bhd yang bekerjasama dengan Mustwin Venture Sdn Bhd apabila menganjurkan Konsert Lagenda Rock yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, Sabah pada 1 Oktober ini. Konsert yang dianggarkan berlangsung selama dua jam bermula pukul 8.30 malam itu hanya mengenakan tiket bernilai RM20 untuk penonton.

Menurut Pengarah Urusan Nova Music, Rosmin Hashim, sebelum ini mereka pernah bekerjasama dengan kelab terkenal di ibu kota dalam penganjuran persembahan membabitkan kumpulan-kumpulan rock lagend seperti Lefthanded dan MAY serta kumpulan-kumpulan rock otai seperti Mega dan Fotograf, kini pihaknya melangkah setapak lagi dengan penganjuran konsert dalam skala yang besar.

2 comments:

[™محد زولفکر] said...

Tawau!!!

Jauhnya

Anonymous said...

hey www.kubi.gomofm.org blogger discovered your blog via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your site http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my website. Hope this helps :) They offer most cost effective backlinks Take care. Jason

Followers