Wednesday 13 July 2011

Nusyuz dan Pengertiannya

Nusyuz ialah isteri yang derhaka atau ingkar kepada suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak. Sebab-sebab terjadinya nusyuz ialah:
  • Isteri keluar dari rumah tanpa pengetahuan atau tanpa izin daripada suaminya.
  • Isteri menolak ajakan suami ke tempat tidur.
  • Isteri bersikap kasar terhadap suaminya.
  • Isteri tidak mengikut perintah suami yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Akibat daripada perbuatan nusyuz ialah:
  • Isteri hilang haknya sebagai isteri.
  • Suami tidak lagi bertanggungjawab memberi nafkah kepadanya.
  • Isteri tidak berhak mendapat layanan dan keadilan daripada suaminya.
  • Isteri tidak boleh membuat tuntutan daripada suaminya.
Sabda Rasulullah S.A.W 
( Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim )
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W bersabda : “ Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia menolak, sehingga suami marah, maka para malaikat akan melaknatnya hingga ke subuh. “
Cara-cara mengatasi perbuatan nusyuz ialah:
  • Suami hendaklah memberi nasihat kepada isterinya dengan cara yang bijaksana dan menerangkan terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh isterinya.
  • Sekiranya cara tersebut tidak berkesan, suami hendaklah mengasingkan diri daripada isterinya tidak lebih daripada tiga hari.
  • Jika cara yang pertama dan kedua tidak memberi apa-apa perubahan kepada isteri, suami boleh memukulnya dengan tujuan untuk mengajar tetapi bukan untuk mencederakannya

No comments:

Followers